Sunday, January 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

 


Kami warga kerja PKGSJ ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga pendidik yang berbangsa Tionghua terutama sekali guru-guru sekolah ahli kawasan PKGSJ. Semoga dengan kedatangan tahun naga ini, ianya akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru untuk mendidik anak bangsa Malaysia ke arah kecemerlangan..
Readmore...
Tuesday, January 17, 2012

Borang Pemantauan Penggunaan CDRI MBMMBI Sek. Men. 2012

 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada para Pengetua, Guru Besar dan guru-guru Sek. Men ahli kawasan PKGSJ. Pihak PKGSJ telah menhantar fax surat makluman berkenaan pengisian borang maklumat pemantauan penggunaan CDRI MBMMBI Sek. Men bagi Tingkatan 1 2012. Jadi, kepada guru-guru semua, anda boleh memuat turun borang tersebut di bahagian MUAT TURUN dalam blog PKGSJ ini dan pihak tuan dan puan hendaklah menghantar semula borang yang lengkap diisi ke PKGSJ pada atau sebelum 16 Febuari 2012.

Sekian,. Harap Maklum.

En. Ahmad Zainorien Bin Mat Zain
Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan PKGSJ
Readmore...
Monday, January 16, 2012

Makluman untuk semua GPM

 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


.Perhatian kepada semua GPM sekolah ahli kawasan PKGSJ.

Berdasarkan kepada pertanyaan tuan dan puan menerusi email dan telefon mengenai Dokumen Rancangan Mengajar GPM ianya dijual oleh Persatuan Pusat Sumber Negeri Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pn. Hindon Binti Ahmad dan En. Saadan Bin Hassan berkenaan tatacara memperolehi Dokumen tersebut.

Di bahagian MUAT TURUN di dalam blog PKGSJ ini juga, saya telah memuat naik contoh rancangan pengajaran khusus untuk GPM dan Surat Dokumen Rancangan Mengajar GPM yang dikeluarkan oleh pihak JPNPP kepada semua Pengetua dan Guru Besar Negeri Pulau Pinang.

Sekian, Harap Maklum.

En. Mohd Dazrin Bin Danial
Pegawai Teknologi Pendidikan PKGSJ
Readmore...
Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 /2011

 


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kami warga kerja PKGSJ ingin mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1433 kepada seluruh warga pendidik sekolah ahli kawasan PKGSJ. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan meniupkan keazaman dan iltizam yang penuh bagi diri anda semua dalam melayari kehidupan sebagai Khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
Readmore...
Monday, November 21, 2011

Lawatan TMP ke SJKC Seng Keow

 


Pada petang 17 November 2011, SJKC Seng Keow menerima kunjungan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG yang hadir bagi merasmikan bangunan sekolah baru. Lensa PKGSJ hadir dan merakamkan detik bersejarah tersebut.
Readmore...
Wednesday, November 16, 2011

Bengkel Khidmat Bantu SK Permatang Pauh

 



Bertempat di PSS SK Permatang Pauh, seramai 14 orang termasuk guru dan pegawai-pegawai dari BTPNPP dan PKG yang menyertai Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Permatang Pauh yang bermula pada 14 hingga 16 November 2011. Bengkel ini di kawal selia oleh En. Saadan Bin Hassan Pegawai Teknologi Pendidikan daripada UNIT UPSP BTPNPP. Lensa PKGSJ sempat merakamkan senario keadaan semasa sesi bengkel dijalankan.
Readmore...
Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 2011

 


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kami warga kerja PKGSJ ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha kepada seluruh warga pendidik yang beragama Islam. Semoga kita semua menghayati dan mengambil iktibar daripada pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S dan anakndanya Nabi Ismail A.S.
Readmore...