Majlis Penyerahan Pinjaman Netbook Fasa 4/2019 Kepada Sekolah telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2019 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya.
Majlis tersebut dikendalikan oleh Ketua Unit, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Seberang Jaya, Pembantu Tadbir, PKG Seberang Jaya dan turut dibantu oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, PKG Alma.
Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Bagan Tuan Kechil, SK Kuala Perai dan SK Desa Murni. Pengagihan netbook ini sebagai makmal mudah alih untuk kegunaan pelajar-pelajar di sekolah. Semua wakil sekolah menerima 18 atau 20 buah netbook untuk pinjaman dan majlis berjalan dengan lancar.