
BTPN Pulau Pinang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001: 2008 pada 2 Februari 2010. Dalam Audit pengawasan 2 yang dijalankan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd yang diketuai oleh YM Tengku Aidil Al Haj telah memperakukan BTPN PP layak untuk memperolehi pensijilan dengan standard yang baru iaitu MS ISO 9001:2008 Dengan perakuan tersebut maka dengan ini BTPN Pulau Pinang mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008. Tahniah kepada Pasukan Pertugas Kualiti BTPN Pulau Pinang diatas penganugerahan tersebut.