Thursday, 11 February 2010

Pengisian Penarafan PSS Bagi Tahun 2010





Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

Mohon perhatian GPM sekolah ahli PKG Seberang Jaya..

Penarafan PSS (IQ-PSS) tahun 2010 secara online telah bermula pada 9 Februari..sila layari laman sesawangnya di URL http://btp.tarantula.my

Tanggungjawab GPM semasa proses pengisian maklumat:

* Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
* Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
* Masukkan catatan anda sebagai GPM.
* Cetak IQ-PSS dan majukan borang IQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
* Kemaskini IQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
* Setelah berpuashati, majukan IQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.

Peringatan :

1. Pihak tuan-puan boleh klik pada pautan gambar ikon tarantula di Blog PKGSJ untuk
link terus ke laman sesawang penarafan PSS.
2. ID Pengguna adalah No. Kad Pengenalan GPM sekolah manakala "password" adalah 999.
3. Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Dazrin Danial.