Thursday, 8 April 2010

TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2010

BTPN P. Pinang telah melakar sejarah dalam program NILAM dengan lahirnya tokoh NILAM pada tahun ini. Kegemilangan ini direalisasikan oleh Nur Adilla Bt Abd Rahim dari SMKA Al- Irsyad yang telah di nobatkan sebagai:-

1. Johan NILAM ( Sekolah Menengah Luar Bandar)
2. Tokoh NILAM (Kategeri Sekolah Menengah)

Program ini telah dijalankan pada 16 sehingga 21 Mac di BTPN Selangor. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tan Sri Muhyiddin b. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran di PWTC sempena Perasmian Pesta Buku Peringkat Kebangsaan 2010. Kontijen Pulau Pinang juga disertai oleh Daniel Tan Wei Ian (SJKC Pei Yu), Nur Syamimi bt Saidin (SK Seri Tasek), Grace Chuah (SM (P) Methodist P. Pinang) dan Pegawai pengiring ialah Pn Jura bt Hamid (BTPN PP).