Monday, 17 May 2010

Pertandingan Bercerita Pesta Buku 2010

Pihak PKG Seberang Jaya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas kelewatan mengumumkan keputusan Pertandingan Bercerita sempena Pesta Buku Negeri Pulau Pinang 2010 yang lalu.

Sekalung tahniah dan syabas di atas kejayaan Adik Nurazryn Arysya Binti Muhd Zaidi dari SJKC Chung Hwa 3 yang berjaya mendapat tempat kedua bagi Tahap 1 manakala bagi Tahap 2 tempat keempat di sandang oleh Adik Aina Hannani Binti Hasri dari Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II. Semoga Adik-Adik terus cemerlang dalam pelajaran dan teruskan kemahiran adik-adik ini sampai bila-bila.

Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat sewaktu saringan Pertandingan Bercerita di PKG Seberang Jaya tempoh hari. Semoga kerjasama dan sokongan moral cikgu-cikgu kepada PKG Seberang Jaya akan terus berkekalan buat selama-lamanya.

En. Mohd Dazrin Bin Danial
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Seberang Jaya