Tuesday, 1 June 2010

Perayaan Hari Guru 2010 Pulau Pinang


Pada 1 Jun 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Perayaan Hari Guru 2010 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang di adakan di SM Sains Kepala Batas yang mana majlis perasmiannya telah disempurnakan TYT Tun Dato' Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abas. Pihak PKG Seberang Jaya juga telah dijemput ke Majlis Perayaan tersebut dimana ianya di hadiri oleh KPTP dan PTP PKG Seberang Jaya.

Pihak PKG Seberang Jaya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid dan guru dari sekolah ahli PKG Seberang Jaya yang berjaya memenangi anugerah sempena perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Berikut adalah nama pemenang-pemenang anugerah sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang:

ANUGERAH GURU ICT 2010
  • Puan Nor Suria Binti Haji Ishak - SK Permatang To' Kandu

PERTANDINGAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH (BAHASA MELAYU)

  • Adik Nurul Najihah Binti Norizan - Tempat Pertama
  • Adik Mahesh Rao A/L Potharajoo - Tempat Ketiga
Kedua-dua pemenang adalah murid dari Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya


PERTANDINGAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH (BAHASA INGGERIS)


  • Adik Yeoh Jia Yeu, Faith - Tempat Pertama
Pemenang adalah murid dari SJKC Chung Hwa 3