Pada 4 Julai yang lalu, Pihak Pentadbiran SMK Seberang Jaya telah meminta kepada pihak PKG Seberang Jaya untuk mendokumentasikan Hari Ko-Kurikulum SMK Seberang Jaya yang mana ianya dijalankan dengan kerjasama Biro Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah dan Sahabat Pemadam Kebangsaan. Moto Hari Ko-Kurikulum ini ialah, "Keusahawanan dan Kecemerlangan Penggerak Kejayaan". Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Arif Shah. Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti berlangsung.