Wednesday, 27 October 2010

Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1Malaysia akan dilaksanakan di seluruh negara pada 8 hingga 12 November 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan semua sekolah mengambil bahagian dalam program ini.

Selain pembacaan, aktiviti berkaitan pembacaan juga boleh dilaksanakan di sekolah pada sepanjang tarikh berkenaan. Laporan lengkap bertulis dan gambar aktiviti berkaitan program tersebut hendaklah dihantar ke PKG seminggu selepas tamat program tersebut. Laporan tersebut perlu mengandungi maklumat mengenai senarai aktiviti yang dilaksanakan dan jumlah penglibatan pelajar.

CONTOH AKTIVITI KEM MEMBACA 1MALAYSIA
1. Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas.
2. Membaca secara korus di hadapan kelas.
3. Membaca secara individu di hadapan kelas.
4. Membaca dalam kumpulan.
5. Sesi bercerita berpandukan bahan bacaan dari PSS.
6. Pertandingan melukis.
7. Pameran koleksi buku bertemakan 1Malaysia.
8. Pertandingan seni visual – mewarna berdasarkan lakaran hasil pembacaan.
9. Pertandingan menghasilkan buku skrap.
10. Pertandingan menulis esei.
11. Kuiz PSS.
12. Ulasan buku yang dibaca dalam kumpulan.