BTPN.PP 8800/41/4 Jld.3 ( 45 )
23 Mac 2011
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
BAYARAN YURAN TAHUNAN DATA CENTRE TARANTULA BAGI TAHUN 2011 NEGERI PULAU PINANG.
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa hasil keputusan Mesyuarat Peningkatan Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang Bil 3 pada 22 Mac 2011, jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat BTPN P.Pinang, ahli jawatankuasa telah bersetuju sebulat suara untuk menjelaskan yuran penyelenggaraan dan khidmat sokongan tahunan sistem iQ-PSS dan sistem i-NILAM untuk semua sekolah Negeri Pulau Pinang ( 395 buah sekolah ) berjumlah RM790.00 ( Ringgit Malaysia : Tujuh Ratus Sembilan Puluh Sahaja ) untuk tahun 2011. Sumber pembiayaan bagi menjelaskan yuran penyelenggaraan dan khidmat sokongan tersebut diperolehi daripada Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang.
3. Sehubungan itu, transaksi bayaran untuk perkara di atas telah dilakukan seperti butiran berikut ;
Tarikh : 22 Mac 2011
Masa : 6.08 petang
Tempat : CIMB Cawangan Kepala Batas
No. Cek : 025032 ( MALAYAN BANKING BERHAD )
Amaun : RM790.00 ( Ringgit Malaysia : Tujuh Ratus Sembilan Puluh Sahaja )
Kaedah transaksi : Mesin deposit cek
4. Diharapkan perkara ini mendapat perhatian tuan seterusnya dapat mengaktifkan akaun untuk semua sekolah di Pulau Pinang bagi tujuan kemudahan perolehan data dan analisis iQ-PSS dan i-NILAM.
5. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
SAADAN BIN HASSAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit PSP BTPN P.Pinang.