Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Bermulanya pemantauan penggredan PSS sekolah ahli kawasan pada hari keempat di SMK Sama Gagah dan diteruskannya di SK Permatang Pauh. Tahniah kepada Puan Pengetua dan GPM SMK Sama Gagah yang memberikan kerjasama yang terbaik kepada PTP PKGSJ dalam melaksanakan penggredan di sekolah anda.
GPM SK Permatang Pauh pula dibantu oleh SU NILAM sekolah tersebut kerana GPM sekolah terlibat dengan KDP 14 minggu di Sungai Karangan, Kulim. Dengan komitmen yang diberikan oleh Puan Guru Besar yang baru kembali bermesyuarat di Langkawi dan SU NILAM, perjalanan pemantauan di SK Permatang Pauh, berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada anda semua yang membantu PTP PKGSJ dalam menjayakan penggredan PSS bagi tahun 2011 ini.
PTP PKG Seberang Jaya.