Pemantauan hari kesebelas diteruskan lagi dengan dua buah sekolah lagi iaitu SJKC Chung Hwa 3 dan SJKT Perai. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar kedua-dua sekolah yang memberikan kerjasama yang terbaik kepada PTP PKGSJ dalam menyempurnakan proses penggredan. Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua GPM terutama GPM SJKT Perai yang sanggup datang walaupun bercuti bersalin. Tahniah di atas semangat dan komitmen yang jitu yang ditonjolkan. Semoga PSS anda terus cemerlang dan gemilang.