Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir SK Seberang Jaya dan SK Seberang Jaya 2 yang memberikan sokongan penuh kepada PTP PKGSJ dalam melaksanakan penggredan PSS sekolah ahli kawasan bagi tahun 2011.
Terima kasih kepada SU NILAM SK Seberang Jaya yang memainkan peranan yang penting semasa ketiadaan GPMnya yang bercuti sakit. Ucapan yang sama jua dilayangkan kepada GPM SK Seberang Jaya yang bersedia dengan sepenuhnya dengan apa yang dikehendaki dalam pemantauan dan ianya melicinkan proses penggredan dijalankan. Semoga kerjasama yang diberikan akan berkekalan buat selamanya.
PTP PKG Seberang Jaya