Friday, 8 February 2013

Mesyuarat Juruteknik Komputer Kali-1

Mesyuarat  Juruteknik Komputer kali pertama telah diadakan pada 4 Feb  2013. Mesyuarat tersebut turut dihadiri En. Humaidi Saad dari BTPNPP untuk meyampaikan maklumat yang berkaitan kepada para Juruteknik Komputer. Segala perancangan pengurusan aktiviti Juruteknik Komputer bagi sekolah Ahli telah di rancang dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. PKG Seberang Jaya mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian En. Humaidi Saad untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut. Terima kasih juga kepada para Juruteknik Komputer yang turut hadir menjayakan mesyuarat tersebut.