Monday, 11 March 2013

MAKLUMAT STATUS MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH PULAU PINANG


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan pihak BTPN sedang dalam usaha untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan makmal komputer sekolah. Hal tersebut telah dimaklumkan kepada Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri dan tuan timbalan telah mengarahkan agar ianya dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) yang akan berlangsung pada 15 Mac 2013 yang akan datang.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan agar melengkapkan maklumat yang diperlukan dengan menggunakan format sepertimana dilampirkan bersama surat ini  dan kembalikan pada atau sebelum 12 Mac 2013 untuk tindakan selanjutnya ke  PKG Seberang Jaya.. Data yang diperlukan hanya melibatkan makmal yang menerima pembekalan alatan ICT melalui peruntukan kerajaan (Kementerian Pelajaran Sahaja).

5.  Borang DATA STATUS MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH KPM  boleh di muat turun dari blog PKG Seberang Jaya.

4.   Besarlah harapan kami agar perkara di atas mendapat perhatian dan tindakan  sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

AHMAD ZAINORIEN BIN MAT ZAIN
Ketua PTP
Pusat Kegaiatan Guru Seberang Jaya