Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan
berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat
akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan
kesedaran rasa sayang dan cintakan negara Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan
lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan
keselamatan negara. Wagra PKG Seberang Jaya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan.
