21 Febuari 2013 mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Seberang Jaya telah diadakan berdasarkan kesinambungan SKT PKGSJ bagi tahun 2013. Dengan adanya mesyuarat ini maka, para Pengetua dan Guru Besar dapat mengeratkan siraturrahim antara satu sama lain dan menjalinkan kolaborasi yang baik antara sekolah dan juga PKG. Malah, semua permasalahan dan maklumat terkini dapat disampaikan kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli. Sekolah yang terlibat dalam Mesyuarat tersebut adalah sebanyak 22 buah sekolah ahli. Dalam mesyuarat tersebut, pembentangan tentang Inilam juga turut dilakukan untuk makluman para Pengetua dan Guru Besar mengenai tahap bacaan pelajar dan murid sekolah masing-masing. Mesyuarat juga turut dihadiri pegawai dari BTPNPP iaitu En. Salim bin Shariff, Penolong Pengarah, Unit Pentadbiran, Perkhidmatan, Kewangan dan Kualiti (2P2K) dan Unit Intervensi dan Kajian Penilaian Program (UIKPP). Dalam mesyuarat tersebut, En. Salim bin Shariff mewakili en. Yusoff bin Sahab selaku KPP yang tidak dapat hadir di atas urusan rasmi, beliau menyampaikan beberapa pesanan antaranya latikan GPM daripada JPNPP melalui pihak sekolah perlu diberi perhatian. Ini kerana ramai GPM yang masih belum dilantik oleh JPN secara rasmi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK. Seberang Jaya, Pn. Balkhis binti Abdul Rahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Seberang Jaya bagi sesi 2012/2014. Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah membuahkan hasil di mana semua permasalahan dan cadangan daripada Pengetua dan Guru