Dipanjangkan status pemasangan 1BestariNet di sekolah dan PKG sehingga 28 Ogos 2013 daripada PMO untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
2. Untuk makluman tuan/puan, didapati bahawa ada aduan 1BestariNet yang dipanjangkan ke BTP tidak mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no. Justeru itu, sila pastikan segala aduan 1BestariNet yang dilaporkan mesti mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh PMO dan YTLC.
3. Dipohon kerjasama pihak tuan/puan memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan PKG bahawa sebarang masalah talian Internet perlu dilaporkan kepada Meja Bantuan ISP ( Contoh: aduan Meja Bantuan 1BestariNet - 018-7998787 / https://1bnselfcare.yes.my / moesupport@ytlcomms.my , TM Helpdesk School Broadband (SBB) 1-800-227722 ) dan mendapatkan nombor log masalah/report no/trouble ticket number untuk direkod dalam buku log dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai. Dicadangkan PKG membuat speedtest dan cetaknya sebagai dokumen sokongan. Laporan isu/masalah tersebut perlu dihantar kepada 1bestarinet@moe.edu.my secara mingguan untuk dibawa ke mesyuarat bersama PMO dan YTL.
4. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status/jadual pemasangan 1BestariNet.
5. Sebarang kemusykilan boleh emel kepada rr @moe.edu.my (nota: group emel sektor RR telah ditukar dari tisi@moe.edu.my ke rr@moe.edu.my ) untuk tindakan selanjutnya. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Disediakan oleh.
Mohd Fidrus Ramli.
PTP 2 PKG Seberang Jaya .