Satu Bengkel Latihan VLE 1Bestarinet Fasa ke-3 telah berjaya dilaksanakan bermula 23 hingga 24 September 2013 bagi guru dan 25 September 2013 bagi pelajar dan murid. Sebanyak 6 buah sekolah yang terlibat dalam bengkel ini dan merupakan bengkel yang terakhir bagi tahun 2013 sekaligus PKG Seberang Jaya telah berjaya melaksanakan kursus/bengkel kepada semua sekolah ahli. Di harap pihak sekolah dapat melaksanakan bengkel/kursus/LDP VEL 1Bestarinet diperingkat sekolah bagi menjaya program tranfomasi pendidikan. Bengkel ini telah mendedahkan guru dan pelajar/murid untuk menggunakan medium perantaraan VLE 1Bestarinet dalam pembelajaran dan pengajaran, di mana pengajaran dan pembelajaran tidak terhad di dalam kelas sahaja. Selain itu, VLE juga memainkan peranan sebagai medium komunikasi antara warga sekolah yang melibatkan pentadbir, guru, staf, murid/pelajar dan ibubapa. Semoga VLE 1Bestarinet berjaya menggerakkan hasrat kerajaan yang ingin melihat masyarakat malaysia yang berdaya saing dan berteknologi dalam pendidikan. Kejayaan bermula dari daya kehendak dan usaha kita semua walaupun sukar untuk melaksanakannya, ia pasti akan berjaya jika kita terus berusaha dengan sedaya upaya.
Disediakan oleh.
Mohd Fidrus Ramli.
PTP 2 PKG Seberang Jaya .
