Friday, 15 November 2013

PELAKSANAAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dalam usaha untuk mengumpul maklumat dan data berkenaan dengan pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT sekolah-sekolah di Pulau Pinang bagi tahun 2014. Sehubungan itu, kerjasama pihak tuan/puan adalah dipohon untuk mengisi aduan kerosakan peralatan ICT sekolah melalui aplikasi *STS (Support Ticketing System)* di laman web http://sts.moe.edu.my/ sebelum atau pada 30 November 2013*. Surat makluman beserta syarat dan panduan aduan kerosakan peralatan ICT sekolah adalah seperti di Lampiran. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Disediakan oleh: MFR