Thursday, 14 August 2014

Taklimat Pengisian Data SSQS 2014

Pada 12 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di Dewan Bobby Goh, SK Stowell Bukit Mertajam, telah berlangsungnya taklimat pengisian data SSQS bagi tahun 2014. Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Sub Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Encik Abdul Sukur Bin Hassan yang menekankan kepada tatacara mengambil token bagi pengisian data dalam sistem SSQS dan pengisiannya yang terbahagi kepada 4 kumpulan responden iaitu, Pentadbir, GPM, Guru dan Murid. Semua GPB/GPICT sekolah ahli 4 buah PKG dalam Daerah PPD Tengah iaitu PKG Seberang Jaya, PKG Alma, PKG Penanti dan PKG Bukit Mertajam yang menghadiri taklimat ini.