Tuesday, 30 December 2014

Taklimat Pengedaran bahan Digital MBMMBI Peringkat Daerah SPT

Pada 29 Disember 2014, telah dilaksanakan Taklimat dan Pengedaran Bahan Digital MBMMBI kepada semua sekolah ahli PKG Daerah Seberang Perai Tengah. Peserta bagi taklimat ini terdiri daripada seua Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ahli PKGSJ. Taklimat ini diberikan selaras dengan ketetapan oleh pihak KPM yang mengarahkan agar taklimat dan pengedaran bahan MBMMBI diberikan kepada pentadbir sekolah sebelum sesi persekolahan tahun 2015 bermula. Taklimat disampaikan oleh En. Amir Amran Bin Mohd Ali, Pegawai Unit Media Pendidikan, BTPN PUlau Pinang.