Wednesday, 25 February 2015

Bengkel Khidmat Bantu PSS (Teknikal) SK Seberang Jaya

Berdasarkan Keputusan Mesyuarat JKPA PKGSJ Bil. 1/2015 semua pentadbir sekolah bersetuju agar Khidmat Bantu PSS kelolaan PKGSJ diberikan kepada sekolah ahli yang mewakil PKGSJ ke Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Daerah SPT. 

Oleh yang demikian, pihak PKGSJ telah mengadakan Khidmat Bantu PSS (Teknikal) kepada SK Seberang Jaya pada 23 Februari 2015, yang melibatkan Pegawai dan Pembantu Tadbir Pengurusan Operasi PKG Zon SPT. Khidmat Bantu yang dilaksanakan meliputi pelbagai aspek penilaian kepada PSS yang akan bertanding.