Monday, 16 February 2015
Taklimat / Mesyuarat JKPA PKG Zon SPT 2015
Pada 12 Februari 2014, Taklimat/Mesyuarat Permuafakatan Aktiviti PKG Daerah Tengah Bil.1/2014 telah dilaksanakan di BTPN Pulau Pinang. Taklimat dan Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd Yusoff Bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar daripada 22 buah sekolah ahli. Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Seberang Jaya sesi 2014/2015 iaitu En. Ahmad Ezzat Bin Ismail, Pengetua SMK Tun Hussein Onn.