Tuesday, 28 April 2015

Audit Bahan Digital MBMMBI di PKGSJ dan Sekolah Ahli Tahun 2015

Pada 28 April 2015, pihak PKGSJ didatangi oleh Pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia En. Uthmaseellan Retaar dan Pegawai BTPNPP En. Amir Amran Bin Mohd Ali yang menjalankan Audit Bahan Digital MBMMBI di PKGSJ serta dua buah sekolah ahli iaitu SK Jalan Baharu dan SMK Seberang Jaya. Tiada sebarang kesalahan yang didapati sepanjang proses audit dijalankan dan syukur, sekolah ahli dan PKGSJ sendiri menerima ucapan tahniah di atas inisiatif dalam membudayakan penggunaan Bahan Digital MBMMBI yang dibekalkan oleh pihak KPM dalam proses PdP di dalam kelas.