Pada 18-19 Mei 2015 telah diadakan Bengkel Flipped Classroom & 21st Century Learning kepada GPB/GICT sekolah ahli PKGSJ bertempat di Dewan SMK Pauh Jaya. Bengkel ini mendapat kerjasama daripada Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu Dr. Azidah Abu Ziden dan pembantu beliau Cik Thenmolli. Bengkel ini berjaya memberikan input baru dan terkini kepada GPB/GICT dalam mengembangluaskan kemahiran pembelajaran kepada pelajar selaras dengan abad ke 21. Dalam bengkel ini juga terdapat pentadbir sekolah ahli yang berminat menambahkan ilmu pengetahuan mereka iaitu Tuan Pengetua SMK Tun Hussein Onn, Tuan Pengetua SMK Taman Inderawasih, Tuan Guru Besar SK Seberang Jaya, Tuan Guru Besar SK Pauh Jaya dan Tuan Guru Besar SK St. Mark (M) Perai.


