Thursday, 18 June 2015

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Zon Seberang Perai Tengah Tahun 2015

Pada 16 hingga 17 Jun 2015 berlangsungnya Program Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Zon SPT yang diadakan di PKG Alma. Pemilihan Tokoh Nilam ini diadakan bagi memilih calon yang berkelayakan untuk mewakili PKG Zon SPT ke peringkat Negeri. Pemilihan ini disertai oleh sekolah yang berada di bawah PKG Zon SPT dengan empat kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu Sekolah Menengah, Bahasa Inggeris Sekolah Menengah, Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah.

Dalam pemilihan ini barisan hakim yang menilai adalah dikalangan Guru Cemerlang bagi aspek penulisan dan Pegawai Bahasa serta Pegawai SISC+ dari PPD Tengah. Taklimat awal berkenaan syarat-syarat pemilihan Tokoh Nilam diberikan oleh Encik Mohd Dazrin Bin Danial.