Wednesday, 13 January 2016

Terima Kasih & Selamat Maju Jaya

Warga PKGSJ & sekolah ahli merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan PT N17 PKGSJ Pn. Khairil Nisah binti Mohd Yusoff yang telah mencurah khidmat bakti kepada PKGSJ selama 11 tahun dan akhirnya bertukar ke PKG Teluk Air Tawar. Sesi penyerahan Nota Serah Tugas berlangsung di PKG Alma sempena Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan PKG Zon Seberang Perai Tengah pada 12 Januari 2016. Semoga Pn. Khairil Nisah terus sukses di tempat bertugas yang baru.