- 5 Mac 2019 (Selasa) - Bilik Komputer, SK Seri Impian
- 6 Mac 2019 (Rabu) - Makmal Komputer, SMK Sama Gagah
- 11 Mac 2019 (Isnin) - Bilik Mesyuarat, SK Machang Bubok
- 12 Mac 2019 (Selasa) - Makmal Komputer, SK Juara
Bengkel tersebut dikendalikan oleh pihak FrogAsia Training dengan kerjasama Penolong-Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Seberang Perai Tengah.
Bengkel ini bertujuan membantu sekolah untuk merealisasikan visi mencapai kemenjadian murid melalui peningkatan akademik subjek teras menggunakan VLE.
Di samping itu juga, guru-guru dapat :
- Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) subjek yang dapat diaplikasikan di dalam kelas.
- Dapat memanfaatkan aplikasi FrogHub untuk tujuan pembangunan profesional.
- Dapat mempraktikkan rancangan pengajaran yang dihasilkan bersama peserta bengkel.
- Memahami bagaimana menggunakan Boost dan Quizzes untuk membantu peningkatan prestasi murid.
Sekolah ahli PKG Seberang Jaya yang terlibat ialah SMK Sama Gagah, SMK Prai, SK Jalan Baharu dan SK Permatang Pauh. Bengkel berjalan dengan lancar.



