Majlis Penyerahan Pinjaman Netbook Fasa 2/2019 Kepada Sekolah telah dilaksanakan pada 10 April 2019 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya.
Majlis tersebut dikendalikan oleh Ketua Unit, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Seberang Jaya dan semua staf PKG Seberang Jaya.
Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Jawi, SMK Sri Muda, SK Khir Johari, SK Kuala Muda, SK Saujana Indah, SK Stowell dan SK Tanah Liat. Pengagihan netbook ini sebagai makmal mudah alih untuk kegunaan pelajar-pelajar di sekolah. Semua wakil sekolah menerima 21 buah netbook untuk pinjaman dan majlis berjalan dengan lancar.









