Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
* Prasekolah
o Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada system pendidikan kebangsaan.
* Literasi dan Numerasi
o Setiap kanak-kanak1 menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
* Sekolah Berprestasi Tinggi
o Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identity tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.
* Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
o Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran serta membantu Pengetua dan Guru Besar yang lemah.