Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Saya ingin menarik perhatian Guru Penyelaras ICT dan Guru Penyelaras Bestari berkenaan pengisian Data Maklumat Pusat Akses bermula bulan Januari hingga Mei 2010. Sebagai peringatan kepada tuan dan puan data maklumat pusat akses hendaklah diisi dua kali sebulan dan dimajukan kepada PKG pada pertengahan bulan dan hujung bulan. Tuan dan puan boleh memuat turun borang pengisian data pusat akses di blog PKGSJ di ruangan perkongsian bahan. Mohon kerjasama tuan dan puan apabila telah lengkap borang tersebut hendaklah dihantar ke PKGSJ dengan pengesahan Guru Besar ataupun Pengetua sekolah tuan dan puan.
Sekian, Harap maklum.
Ahmad Zainorien Bin Mat Zain,
Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Seberang Jaya