
Kami di PKG Seberang Jaya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia amnya dan khususnya kepada guru-guru sekolah ahli PKG Seberang Jaya. Semoga cikgu-cikgu semua diberikan kekuatan, kesihatan dan ketabahan dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa pewaris kelansungan kepimpinan negara. Tugas guru sekarang sememangnya diketahui amat berat erana ianya mengikut peredaran zaman. Kami di PKG Seberang Jaya sentiasa percaya yang cikgu-cikgu semua mampu dalam menyahut cabaran baru dunia pendidikan selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tiada ucapan atau kalimah yang sesuai selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana tanpa anda maka terkuburlah Bangsa Malaysia. Berbanggalah bergelar guru kerana gelaran keramat cikgu itu cukup disanjungi oleh masyarakat malah berkekalan hingga ke akhir hayat. Biarkan apa yang mereka di luar sana katakan kepada cikgu semua malah jadikan ianya azimat untuk cikgu terus berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Selamat Menyambut Hari Guru..."GURU PEMBINA NEGARA BANGSA".
SELAMAT HARI GURU DAN TERIMA KASIH CIKGU!!!
Ikhlas daripada anak didik cikgu:
En. Ahmad Zainorien Bin Mat Zain
(Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seberang Jaya)
En. Mohd Dazrin Bin Danial
(Pegawai Teknologi Pendididkan PKG Seberang Jaya)
Pn. Khairil Nisah Binti Md. Yusoff
(Pembantu Tadbir Pengurusan Operasi PKG Seberang Jaya)
Pn. Faraliza Binti Abdul Rahim
(Juruteknik Komputer PKG Seberang Jaya)