Terlebih dahulu, saya mewakili warga kerja PKGSJ ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak terutama guru-guru sekolah ahli kawasan yang menghadapi masalah dalam melayari blog PKGSJ. Blog PKGSJ tidak dapat diupdate kerana telah di ceroboh oleh insan yang tidak bertanggungjawab. oleh yang demikian, blog PKGSJ ini telah mengalami transformasi yang tersendiri dan diberi sentuhan yang segar agar ianya tetap menjadi wadah perhubungan dan info terkini secara maya antara guru-guru sekolah ahli dengan PKGSJ.
Dikesempatan ini juga, saya dan warga kerja PKGSJ ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada semua guru-guru dan warga sekolah ahli kawasan yang beragama Islam. Semoga segala amalan diterima oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih
Mohd Dazrin Bin Danial
PTP PKG Seberang Jaya