Bermula 8 Ogos 2011 sehingga 24 Ogos 2011, PTP PKGSJ akan melaksanakan pemantauan dan penggredan PSS di semua sekolah ahli kawasan Seberang Jaya. Surat Makluman dan jadual lawatan telah difaks kan ke semua sekolah ahli. Adalah diharapkan GPM bersedia dengan semua fail-fail dikemaskini dan maklumat PSS yang terkini bagi melayakkan sekolah anda mendapat gred yang tinggi bagi penilaian tahun ini. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dalam blog PKGSJ ini dan di susuli dengan surat makluman kepada Pentadbir sekolah yang terlibat.
Penolong Kanan Pentadbiran juga dikehendaki bersama dengan PTP bagi melaksanakan penilaian penggredan PSS bermula tahun ini. Ini adalah untuk memastikan penilaian yang telus dan menyeluruh dapat dilaksanakan. Bersama-sama ini dilampirkan bersama jadual Pemantauan PSS sekolah tuan dan puan. Sebarang masalah bolehlah menghubungi PTP PKGSJ.
Sekian, terima kasih
Mohd Dazrin Bin Danial
PTP PKG Seberang Jaya