Pada 10 Februari 2014, berlangsungnya Gerak Gempur Pengisian Data SPS yang dilaksanakan oleh PKGSJ yang bertujuan bagi membantu pihak sekolah dan guru-guru menyelesaikan permasalahan dan isu yang timbul semasa mengisi data ke dalam SPS. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh GPB dan Guru Data daripada 22 buah sekolah ahli PKG Seberang Jaya. Turut hadir dalam taklimat tersebut En. Mohd Yusuff bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah BTPNPP yang hadir memantau dan memberi sokongan moral kepada semua Guru Data sekolah dalam melaksanakan pengisian data SPS. Fasilitator bagi program tersebut ialah En. Azhar bin Hj Ahmad, PTP1 PKG Nibong Tebal, En. Muhammad Zaim bin Adam, PTP1 PKG Alma, En. Adnan bin Ghazali, PTP1 PKG Penaga dan En. Ahmad Fauzi Komari, pegawai dari BTPNPP turut dibantu oleh En. Mohd Dazrin bin Danial, PTP1 dan En. Mohd Fidrus bin Ramli, PTP2 PKG Seberang Jaya.
Disediakan oleh : MFR
Disediakan oleh : MFR