Pada 13 Februari 2014, Taklimat/Mesyuarat Permuafakatan Aktiviti PKG Daerah Tengah Bil.1/2014 telah dilaksanakan di BTPN Pulau Pinang. Taklimat dan Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Ahmad bin Darus, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar daripada 22 buah sekolah ahli. Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Seberang Jaya sesi 2012/2014 iaitu Pn. Balkhis binti Abdul Rahim, Pengetua SMK Seberang Jaya.
Disediakan oleh : MFR