Friday, 18 July 2014
Mesyuarat Penyelarasan & Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Bil.1/2014
Pada 16 Julai 2014 telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan & Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Bil.1/2014 kepada semua Guru Perpustakaan Media Sekolah ahli kawasan PKG Seberang Jaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Seberang Jaya, Encik Mohd Dazrin bin Danial yang hadir walaupun bercuti kecemasan dan disertai dengan taklimat oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Bukit Mertajam Cik Nur Hafiza Binti Habib Rahman yang menekankan kepada instrumen penilaian PSS yang baharu dan membantu memberikan idea kepada Jawatankuasa Permaufakatan GPM kawasan PKG Seberang Jaya yang julung kalinya ditubuhkan bagi mengeratkan tali silaturrahim antara GPM.


