Friday, 18 July 2014

Taklimat Audit Jabatan Audit Negara Berkenaan Penggunaan VLE 1Bestarinet di Daerah Seberang Perai Tengah

Pada 17 Julai 2014, bertempat di Dewan Kirkby, Insititut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun telah dijalankan Taklimat Audit VLE 1Bestarinet kepada semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Ahli PKG Daerah Seberang Perai Tengah. Taklimat yang disampaikan oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang, En. Mohd Yusoff Bin Sahab yang menerangkan kepada keperluan perhatian dan pemantauan berterusan oleh pihak pentadbir terhadap inisiatif 1Bestarinet dan penggunaan laman pembelajaran maya (VLE 1Bestarinet) kepada guru dan pelajar yang mana setiap pelajar harus menggunakan VLE 1Bestarinet tersebut sekurang-kurangnya 30 minit seminggu.