Tuesday, 20 January 2015

Mesyuarat Penyelarasan GPM Sekolah Ahli PKGSJ Bil.1/2015

Pada 19 Januari 2015, telah dijalankan Mesyuarat Penyelarasan GPM Sekolah Ahli PKGSJ Bil.1/2015 yang mana melibatkan kesemua 22 buah sekolah ahli PKGSJ. Intipati mesyuarat pada kali ini ialah, untuk menyampaikan maklumat terkini oleh pihak UPSP, BTPN Pulau Pinang, Taklimat Pameran ASEAN oleh Penolong PPD SPT En. Saadan Bin Hassan dan pencapaian aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PKGSJ kepada semua GPM. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En. Roshidi Bin Mat, Pegawai UPSP, BTPN Pulau Pinang.