Wednesday, 28 January 2015

Perbuatan Menyerang Premis Kerajaan

Pada 19 Januari 2015, di mana PTP 1 & Pembantu Tadbir Pengurusan Operasi PKGSJ perlu hadir ke BTPN, berlaku perbuatan menyerang premis kerajaan yakni perbuatan khianat oleh individu yang tidak diketahui motif perbuatannya. Oleh yang demikian, PTP 1 PKGSJ, En. Mohd Dazrin Bin Danial telah ke Balai Polis Seberang Jaya untuk membuat repot polis yang mana dipanjangkan ke Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah. Tepat pukul 10 pagi, PTP 1 PKGSJ bersama Pegawai Penyiasat PDRM dan Pegawai BTPN hadir untuk menyiasat perbuatan khianat tersebut dan sehingga kini kes disiasat dibawah Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat menyerang premis kerajaan.