Friday, 13 March 2015

Bengkel Literasi Maklumat GPM Sekolah Ahli PKG Zon SPT 2015

Bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang di Bandar Sunway Seberang Jaya, telah dijalankan Bengkel Literasi Maklumat GPM Sekolah Ahli PKG Zon SPT 2015. Bengkel yang dijalankan pada 12 Mac 2015 ini melibatkan seramai 22 orang GPM  sekolah ahli PKGSJ. Bengkel yang diadakan dengan kerjasama PKG Zon Tengah dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang bertujuan memberikan pendedahan kepada para GPM sekolah apakah yang dimaksudkan dengan Literasi Maklumat dan bagaimana ianya membantu GPM melaksanakannya di sekolah dan memenuhi kriteria penialain Pusat Sumber Sekolah nanti.