Monday, 16 March 2015

Mesyuarat Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT 2015

Pada 16 Mac 2015 bertempat di PKG Alma, telah diadakan Mesyuarat Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT bagi tahun 2015. Mesyuarat yang dijalankan adalah bagi memberikan penerangan yang khusus berkaitan kerja buat Juruteknik Komputer di sekolah masing-masing serta penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Encik Suhaimi Bin Salleh Penolong PPD SPT yang merupakan pegawai ICT di PPD SPT.