Tuesday, 28 July 2015

Taklimat Penarafan Pembestarian Sekolah Tahun 2015 (SSQS) Kepada Sekolah Ahli PKG Zon SPT

Bertempat di Dewan SMK Pauh Jaya, telah diadakan Taklimat Penarafan Pembestarian Sekolah Tahun 2015 (SSQS) kepada Sekolah Ahli PKG Zon SPT. Taklimat yang dijalankan pada 27 Julai 2015 yang lalu melibatkan semua GPB/GICT sekolah ahli kawasan PKG Zon SPT. Taklimat ini disampaikan oleh En. Abdul Sukur Bin Othman, Ketua Unit Pembestarian BTPN Pulau Pinang yang mana bertanggungjawab terhadap pengumpulan Data SSQS bagi negeri Pulau Pinang. Taklimat ini dihadiri oleh semua PTP & FT PKG Zon SPT.