Friday, 21 August 2015
Bengkel Picture Collage Maker Kepada Guru Pendidikan Seni Visual Sekolah Ahli PKG Seberang Jaya
Bertempat di Bilik Ibnu Sina, telah berlangsungnya Bengkel Picture Collage Maker Kepada Guru Pendidikan Seni Visual Sekolah Ahli PKG Seberang Jaya yang mana menghimpunkan 22 orang Guru Subjek PSV. Bengkel yang dijalankan selama 3 hari bermula daripada 18 hingga 20 Ogos 2015 yang lalu, mendapat komitmen dan kerjasama yang terbaik di kalangan guru-guru. Ternyata bengkel ini berjaya kerana penghasilan oleh guru-guru sangat menarik dan telah dikongsikan oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang kepada Pengarah BTP, KPM dan Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Pulau Pinang kerana hasil perbengkelan ini telah dimuatnaik ke dalam Laman Pembelajaran VLE 1Bestarinet.


