Monday, 30 November 2015
Khidmat Bantu Perpustakaan Ibnu Sina PKG Seberang Jaya
Perpustakaan PKGSJ yang selama ini berada di tingkat atas kini dipindahkan ke tingkat bawah selaras dengan Pelan Transformasi PKGSJ 2015. Bengkel ini diadakan selama 5 hari bermula pada 23 hingga 27 November 2015 yang mana mendapat kerjasama daripada 5 orang PTP PKG Zon Tengah, 3 Orang Juruteknik Komputer PKG Zon Tengah dan 4 Orang PTPO PKG Zon SPT. Perpustakaan PKGSJ juga kini dikenali dengan nama tersendiri iaitu Perpustakan Ibnu Sina. Semoga dengan adanya transformasi Perpustakaan Ibnu Sina ini, ianya mampu memberikan impak kepada PdP Guru sekolah ahli PKGSJ.








