Thursday, 17 December 2015

Pengedaran Bahan Digital MBMMBI Kepada Sekolah Ahli PKGSJ Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2016

PKGSJ telah menerima Bahan Digital MBMMBI untuk kegunaan oleh sekolah ahli bagi sesi persekolahan 2016 yang dibekalkan oleh pihak KPM. Bahan Digital yang dibekalkan kali ini kepada dua buah kategori sekolah iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Sekolah Menengah akan menerima dua bahan digital iaitu untuk Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris manakala bagi sekolah rendah hanya satu sahaja bahan digital yang dibekalkan iaitu untuk Bahasa Melayu sahaja. Atas arahan Pihak KPM, maka pembekalan Bahan Digital MBMMBI 2016 ini hanya boleh diterima dikalangan Pentadbir sahaja. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pentadbir sekolah ahli PKGSJ yang sanggup meluangkan masa mengambil bahan digital MBMMBI tersebut di PKGSJ.