Wednesday, 24 February 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKGSJ Bil.1/2016

Pada 23 Februari 2016, Mesyuarat Permuafakatan Aktiviti PKG Seberang Jaya Bil.1/2016 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, SMK Tun Hussein Onn. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd Yusoff Bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKGSJ. Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Seberang Jaya sesi 2014/2015 iaitu En. Ahmad Ezzat Bin Ismail, Pengetua SMK Tun Hussein Onn. Sesi Pelantikan jawatankuasa yang baru turut dijalankan yang mana keputusannya ialah, jawatankuasa sesi 2014/2015 dikekalkan bagi sesi 2016/2017. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2016/2017.