Thursday, 18 February 2016

Mesyuarat Jawatankuasa GPM Sekolah Ahli PKGSJ Bil.1/2016

Pada 18 Februari 2016, telah dijalankan Mesyuarat Jawatankuasa GPM Sekolah Ahli PKGSJ kali pertama bagi tahun 2016 yang mana melibatkan kesemua 22 buah sekolah ahli PKGSJ. Intipati mesyuarat pada kali ini ialah, untuk menyampaikan maklumat terkini oleh pihak UPSP, BTPN Pulau Pinang, Mesyuarat dihadiri oleh Pn. Asmahani Binti Abd. Kadir, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seberang Jaya dan menerangkan maklumat dan info terkini berkaitan PSS kepada semua GPM. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En. Muhammad Fauzi Bin Shaari, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.