Pada 18 Februari 2016 bertempat di PKG Alma, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT bagi tahun 2016. Mesyuarat yang dijalankan adalah bagi memberikan penerangan yang khusus berkaitan kerja buat Juruteknik Komputer di sekolah masing-masing serta disusuli dengan perancangan aktiviti kepada Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Encik Abdul Sukur Bin Othman, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
